WEBINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA ARAB ABAD KE-21

WEBINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA ARAB ABAD KE-21

الـمؤتمر الدولـي الافتراضي لتعليم اللغة العربية في القرن الواحد والعشرين

الحمد لله الذي أنزل كتابه بلسان عربي مبين
والصلاة والسلام على أفصح من نطق بالضاد بيد أنه من قريش
وعلى آله وصحبه أجمعين.

أما بعد،
 
فإن اللغة العربية من الدين ومعرفتها فرض واجب،
فإن فهم الكتاب والسنة فرض ولا يفهم إلا بفهم اللغة العربية،
وما لا يتم الواجب إلا به، فهو واجب.

  • Pendahuluan

Bahasa Arab merupakan antara bahasa yang cepat berkembang di dunia. Ianya antara bahasa yang mempunyai ramai penutur di seluruh dunia; baik di tanah Arab mahupun di luar tanah Arab. Sambutan masyarakat dunia terhadap bahasa ini yang semakin meluas menjadikan ianya antara bahasa yang perlu dipelajari dan diberi penekanan terhadapnya dari segenap aspek, bermula dari aspek pendidikan dan pengajaran bahasa Arab dalam kelas, penilaian dan pentaksiran kemahiran berbahasa sehingga kepada pengaplikasian bahasa Arab dalam ruang lingkup bidang yang pelbagai.

Justeru, melihatkan kepada kepentingan tajuk ini dan visi yang ingin dicapai oleh semua pihak yang terlibat dalam pengajaran bahasa Arab khususnya kepada bukan penutur asli, maka Program Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Persatuan Antarabangsa Guru Bahasa Arab (IAAT), Kesatuan Guru Bahasa Arab Indonesia (IMLA Indonesia), Rabithah Institusi Pendidikan Bahasa Arab ISESCO dan Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT) mengambil inisiatif untuk menganjurkan webinar antarabangsa bertajuk : Webinar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Arab Abad Ke-21  pada tarikh 25 dan 26 Ogos 2021 bertujuan untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pendidikan bahasa Arab, pembinaan kemahiran berbahasa, kurikulum dan pentaksiran kemahiran berbahasa, teknologi dan strategi terkini dalam pengajaran bahasa, serta penggunaan bahasa dalam ruang lingkup bidang yang pelbagai, sesuai dengan keperluan abad ke-21 kini.


  • Objektif
  1. Membincang gaya pengajaran bahasa Arab kepada bukan penutur jati.
  2. Menyingkap strategi terkini dalam pengajaran kemahiran berbahasa dan pelaksanaannya yang efektif.
  3. Menjelaskan peranan guru dalam pembinaan kemahiran berbahasa kepada pelajar yang bukan penutur jati.
  4. Mengetengahkan cabaran yang dihadapi oleh guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa.
  5. Meluaskan jaringan penyelidikan dalam bidang pemantapan kemahiran berbahasa dalam kalangan pihak berkepentingan.

  • Tema

تنمية مهارات اللغة العربية فـي ضوء الإستراتيجيات والاتـجاهات الـحديثة

Pembinaan Kemahiran Berbahasa Arab Berdasarkan Kepada Strategi dan Orientasi Terkini


  •  Sub Tema
  1. Pembelajaran dan pengajaran kemahiran berbahasa
  2. Aplikasi medium pengajaran dan strategi terkini pendidikan dalam membina kemahiran berbahasa Arab
  3. Cabaran yang dihadapi oleh guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa  
  4. Kurikulum pendidikan bahasa Arab 
  5. Manhaj pentaksiran dan penilaian kemahiran berbahasa Arab
  6. Inovasi terkini dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa
  7. Terjemahan bahasa Arab dan pendidikan
  8. Bahasa Arab dan penggunaannya dalam bidang-bidang lain yang bersesuaian

  • Pelaksanaan
Webinar ini akan diadakan selama dua (2) hari dengan agenda berikut:
  1. Ucaptama Webinar (Sidang Utama)
  2. Pembentangan (Sidang 1)
  3. Pembentangan (Sidang 2)

  • Tarikh & Platform
Pembentangan diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom selama 2 hari 
25 & 26 Ogos 2021 ( Rabu dan Khamis )
  1. Tarikh akhir penerimaan abstrak              30 Jun 2021 
  2. Tarikh pemakluman penerimaan abstrak       5 Julai 2021
  3. Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh     5 Ogos 2021

  • Penyertaan
Penyertaan sebagai peserta / pendengar terdiri daripada :
  1. Ahli akademik dari seluruh IPT dalam dan luar negara
  2. Warga pendidik dalam dan luar negara
  3. Pelajar siswazah IPT dalam dan luar negara 

Pautan pendaftaran penyertaan webinar sebagai peserta:

  • Yuran Penyertaan Webinar
  1. Yuran RM100 untuk setiap pembentang.
  2. Yuran peserta adalah percuma.
  3. Pembentangan dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu.

  • Format Kertas Kerja
Kertas kerja yang ingin menyertai webinar perlulah mengikut kepada format yang telah ditetapkan. Format kertas kerja boleh diakses pada pautan berikut :


Setiap abstrak dan kertas kerja penuh hendaklah diemelkan ke alamat emel :  
ubaseminar@gmail.com 


  • Penerbitan
Kertas kerja dan artikel yang terpilih akan dipertimbangkan untuk penerbitan di beberapa buah jurnal seperti berikut :

1. Jurnal al-Anwar - keluaran khas
2. Jurnal IJWAS
3. Jurnal Al-Qalam

Bagi artikel yang terpilih untuk penerbitan, bayaran akan dikenakan bergantung kepada jurnal.


  • Mod Pembayaran Penyertaan

Bayaran penyertaan boleh dibuat kepada:

No Akaun  : 86-0045698-8
Bank          : CIMB Islamic Bank Berhad
Nama         : Tabung Unit Bahasa Arab

Resit perlu dihantar sebagai bukti pembayaran ke alamat emel yang tertera di atas. 


Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi :

Puan Nur Syazwina Mustapa
019-222 1545

Encik Muhammad Nazri Rostam
017-397 4784










Comments