WEBINAR KEBANGSAAN ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI IPT 2020

WEBINAR KEBANGSAAN 
ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI IPT 2020

المؤتمر الوطني الافتراضي 
لقضايا تعليم وتعلم اللغة العربية في المؤسسات التعليمية العليا 2020

الحمد لله الذي أنزل كتابه بلسان عربي مبين
والصلاة والسلام على أفصح من نطق بالضاد بيد أنه من قريش
وعلى آله وصحبه أجمعين.

أما بعد، 
فإن اللغة العربية من الدين ومعرفتها فرض واجب،
فإن فهم الكتاب والسنة فرض ولا يفهم إلا بفهم اللغة العربية،
وما لا يتم الواجب إلا به، فهو واجب.

  • PENDAHULUAN

Seminar ini akan membincangkan isu- isu yang berkaitan dengan PdP bahasa Arab. Isu pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab sebagai bahasa kedua adalah penting dan perlu dikongsi dan diperbahas di kalangan ahlinya secara bersama dalam memastikan objektif daripada PdP itu tercapai. Wacana dan diskusi dari pelbagai sudut dan dimensi proses PdP bahasa Arab seperti aspek guru, kurikulum atau modul, metod pengajaran dan seumpamanya adalah signifikan untuk diperbincangkan dari masa ke semasa seiring dengan kemajuan teknologi yang berterusan  dan perubahan situasi persekitaran semasa seperti situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia hari ini. 

Justeru, Program Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil inisiatif dengan berhasrat untuk mengadakan WEBINAR KEBANGSAAN ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI IPT 2020 bertujuan merealisasikan objektif yang dinyatakan tadi.

  • OBJEKTIF
1.    Mengetengahkan isu-isu dan permasalahan-permasalahan semasa dalam PdP bahasa Arab di peringkat IPT di Malaysia.
2.    Menyediakan platform kepada tenaga-tenaga pengajar bahasa Arab di IPT seluruh Malaysia bagi memberikan cadangan solusi jangka masa panjang dan pendek kepada isu-isu dan permasalahan yang dibangkitkan. 

  • TEMA 

Norma Baharu PdP Bahasa Arab di era COVID-19

  • PELAKSANAAN 
Webinar ini akan diadakan selama satu (1) hari dengan menghimpunkan 3 pembentangan selari merangkumi 30 kertas kerja, tidak termasuk sisipan.

·         Forum (Sidang Utama)

·         Pembentangan Selari (Sidang 1)

·         Pembentangan Selari (Sidang 2)

·         Pembentangan Selari (Sidang 3)


  • TEMPAT & TARIKH

Pembentangan diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Microsoft Teams pada 20 Oktober 2020 (Selasa).

  • PENYERTAAN

Penyertaan sebagai peserta / pendengar tidak dihadkan dan terdiri daripada :

·         Ahli akademik dari IPT dan IPG di Malaysia

·         Warga pendidik seluruh Malaysia

·         Pelajar siswazah dari IPT di Malaysia


  • ANJURAN

Program Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi.

  • YURAN PENYERTAAN

Pembentang (bukan pelajar / pelajar)     : RM 100
Sisipan                                                    RM 50
Peserta (bukan pelajar / pelajar)             : Percuma

Pembentangan dalam bahasa Melayu dan Arab.

  • FORMAT KERTAS KERJA
Tajuk: Ringkas dan tidak melebihi 15 Perkataan. 

Pengarang: Nama, institusi dan email koresponden

Abstrak: Antara 250-300 patah perkataan. Abstrak mengandungi:

a. Pernyataan masalah
b. Objektif kajian
c. Kaedah kajian
d. Penemuan / Dapatan kajian
e. Kata kunci: 5 kata kunci berkaitan dengan kandungan kertas kerja. 

Rujukan dalam teks perlu menggunakan nama pengarang diikuti dengan tahun penerbitan (author-date system). APA style.

Senarai RUJUKAN perlu mengikut abjad dan dimasukkan pada akhir kertas kerja. 

Jenis Tulisan (Font): Times New Roman,  saiz 12 / Traditional Arabic, saiz 16

Jarak: 1.5 spacing

Margins:
• Top :  2.5cm
• Left :  2.5cm
• Bottom : 2.5cm
• Right : 3cm

Jumlah halaman kertas kerja penuh: Tidak melebihi 15 halaman.

  • TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh akhir penerimaan abstrak : 10 Oktober 2020
Tarikh pengesahan penerimaan abstrak : 10 Oktober 2020
Tarikh akhir penerimaan kertas kerja penuh : 15 Oktober 2020
Tarikh akhir pembayaran yuran : 20 Oktober 2020 

  • MAKLUMAT TAMBAHAN
Setiap abstrak dan kertas kerja penuh hendaklah diemelkan ke alamat emel :  
ubaseminar@gmail.com

Bayaran penyertaan boleh dibuat kepada:

No Akaun: 86-0045698-8
Bank: CIMB Islamic Bank Berhad
Nama: Tabung Unit Bahasa Arab

Resit perlu dihantar sebagai bukti pembayaran ke alamat emel yang tertera di atas. 

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi :

Puan Salamiah Ab. Ghani 
017-248 1784

Encik Mohamad Azwan bin Kamarudin
011-15158896









Comments